Tuesday, 14 July 2015

'Susukan Saya. Saya Lapar!'

Assalamualaikum w.b.t.

Bayi perlu disusukan mengikut permintaan-lazimnya pada setiap 1 1/2 ke 3 jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama-kelamaan anda akan dapat mengenali tangisannya bila dia lapar.

Setiap bayi mempunyai keperluan kalori dan corak penyusuan yang berlainan. Jadi,anda tidak perlu khuatir untuk menyediakan jadual waktu penyusuan bayi. Bayi anda mungkin menyusu lebih kerap pada waktu tumbesaran meningkat dan kembali kepada corak biasa selepas beerapa hari. Apa yang penting ialah menyusukan bayi selama mana yang diinginkannya. Apabila dia kenyang, dia akan 'memberitahu' anda dengan menghentak genggamannya atau membengkokkan badannya.

Gambar hiasan

PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM


Bayi akan menyusu sekali atau dua kali pada waktu malam. Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya anda tidak menghidupkan lampu. Tukar lampin bayi sebelum menyusukannya dan tidurkannya kembali selepas menyusu. Menjelang 4 bulan, bayi biasanya tidur lebih lama tanpa terjaga pada waktu malam.

Gambar hiasan



Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

No comments:

Post a Comment