Wednesday, 8 July 2015

5 Tips Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat

Assalamualaikum w.b.t.

Mana satu pilihan anda untuk kurus? Ambil ubat-ubatan untuk kurus atau kurus secara semulajadi? Pengambilan produk pelansingan tiada salahnya tetapi pastikan anda tahu sumber produk tersebut. Terdapat produk pelansingan yang membawa mudarat walaupun anda dapat berat badan yang anda impikan dalam masa singkat. Gunakan produk pelansingan yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat seperti Shaklee (Ooop... terpromote!). Selain itu, ketahui juga cara untuk kurangkan berat badan dengan cepat tetapi selamat.


5 TIPS KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tubuh kita , ia mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang di perlukan tubuh badan kita.  Anda digalakkan untuk mengambil makanan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan, malah jus buah-buahan juga dikira sebagai diet yang menyihatkan.

Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari
Air sangat penting untuk tubuh badan terutama penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan air dalam satu hari 11/2 hingga 21/2 liter air melalui air kencing, buang air besar, peluh dan wap daripada paru2.
Minum air sekurang nya 6-8 gelas air setiap hari.

Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat)
Mengambil gula yang berlebihan, anda akan menyebabkan kerosakan gigi, kegemukan, kencing manis, dan risiko mendapat serangan jantung.

Kerap Minum Air Limau
Lemon for Beauty, Lemon for Life

Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian
Semua jenis tisu dalam tubuh badan manusia amat memerlukan protein, termasuk tulang, darah dan otot.  Protein merupakan bahan asas dalam pembinaan tubuh. Ia bertindak sebagai membaiki, mengganti dan membuat tisu-tisu serta memastikan pertumbuhan secara optimum. Protein diperbuat daripada asid amino. Tahukah anda yg tubuh manusia memerlukan 22 jenis asid amino, 14 jenis daripadanya boleh dihasilkan dalam tubuh namun baki 8 lagi hanya boleh didapati daripada sumber makanan (ini dipanggil asid amino perlu). Sumber protein adalah daripada sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging, telur dan tumbuhan, terutamanya kekacang (kacang, kacang peas) adalah sumber protein yang mengandungi vitamin dan mineralSumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega-3 yang boleh membantu untuk menggelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon mengandungi banyak lemak Omega 3 berbanding ikan yang lain.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712


No comments:

Post a Comment