Assalamualaikum w.b.t.
Makanan Sempurna Bayi, Pemakanan Lengkap, Perlindungan Unggul.
Susu ibu mengandungi semua nutrien dalam jumlah yang tepat untuk memenuhi keperluan bayi. Anda tidak perlu memberinya makanan lain termasuklah air kosong. Perhatikan bayi anda membesar untuk tempoh enam bulan pertama kehidupannya,
BERUBAH MENGIKUT KEPERLUAN BAYI YANG MEMBESAR
Komposisi nutrien susu ibu bertukar-tukar untuk memenuhi keperluan bayi yang membesar.
- Cecair Kuning : Kolostrum
Dalam beberapa hari pertama selepas bayi dilahirkan, payudara anda menghasilkan kolostrum, sejenis cecair pekat yang berwarna kuning. Kolostrum kaya dengan karbohidrat, protein & antibodi. Jumlah kolostrum yang dihasilakn mungkin sedikit tetapi ia sangat kaya dengan nutrien & faktor imun yang akan melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
- Susu Matang
Susu matang akan dihasilkan 3 atau 4 hari selepas bersalin. Jumlahnya banyak & kelihatan agak cair.
- Waktu Penyusuan
Komposisi susu ibu turut berubah sewaktu bayi menyusu. Kandungan lemak meningkat pada penghujung sesuatu masa penyusuan. Susu akhir ini membuat bayi rasa kenyang & berhenti menghisap. Ini adalah cara bayi belajar mengawal seleranya.
MENGALAKKAN PENGHADAMAN PENYERAPAN NUTRIEN DENGAN LEBIH BAIK
Beberapa bahan biologi di dalam susu ibu menyebabkan bayi dapat menyerap nutrien dengan berkesan.
- Enzim pemghadam lemak membantu penghadaman & penyerapan nutrien.
- Protein pengikat zat besi membantu bayi menyerap kebanyakan zat besi di dalam susu ibu.
- Kandungan laktosa yang tinggi meningkatkan penyerapan kalsium, magnesium, fosforus & mineral yang lain.
MELINDUNGI BAYI DARIPADA PENYAKIT
Kajian menunjukkan bayi yang disusukan secara eksklusif selama 6 bulan kurang dijangkiti penyakit dalam tempoh 12 bulan pertama usianya. Susu ibu mengandungi nutrien & bahan-bahan yang melindungi bayi daripada penyakit berjangkit khususnya cirit-birit, selesema, bronkoliotis & jangkitan telinga tengah. Beberapa bahan yang melawan penyakit ada di sini
MAKANAN UNTUK PERKEMBANGAN OTAK
Susu ibu mengandungi asid lemak perlu seperti asid alfalinolenik (ALA) & asid linolek (LA). Kedua-dua asid ini diperlukan untuk menghasilkan asid dokosaheksanoik (DHA) & asid arakidonik (AA) yang penting untuk tumbesaran & pertumbuhan janin & bayi, terutamanya untuk pertumbuhan otak & peransangan visual yang berkualiti. Perkembangan otak yang sempurna dalam tahun pertama usia bayi akan menyediakan asas kepada keupayaan pembelajarannya pada masa depan.
MENGURANGKAN KEMUNGKINAN MENGALAMI ALERGI
Kebanyakan simptom alergik yang dikaitkan dengan pengambilan susu formula lazimnya berpunca daripada tindaklbalas bertentangan imun bayi terhadap protein susu lembu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami simptom-simptom alergik seperti kolik, muntah, cirit-birit atau najis berdarah, malresapan, ekzema, rinitis alergik & asma bronkoil.
PENGIKAT KASIH
Bayi perlu mendengar degupan jantung anda, merasai kehangatan tubuh anda & berada apat dengan anda. Kesemua ini adalah sama pentingmya dengan keperluannya terhadap makanan. Tiada aktiviti lain yang dapat memenuhi semua keperluan ini selengkap & sehebat penyusuan susu ibu.
Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712
saya masih menyusu badan :)
ReplyDeleteTerbaik sis. Teruskan penyusuan susu bdn sehingga 2 tahun ye sis. Anak sis berapa bulan?
Delete