Friday, 10 July 2015

Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu. Entry kali ini membantu meleraikan salah tanggapan anda terhadap penyusuan susu ibu.


SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

"Saya tidak mahu payudara yang kendur!"
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat & graviti.

"Penyusuan susu ibu menyusahkan"
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila- bila masa, di mana-mana sahaja & ia tidak melibatkan kos!

"Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?"
Entry seterusnya akan menunjukkan cara untuk menggabungkan penyusuan dengan kerja. Ia mudah, memuaskan hati & berbezadaripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!

"Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?"
Penyusuan susu ibu memang semulajadi & mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia & tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

"Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?"
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

"Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi"
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. Kalenjar mamari adalah sama tanpa mengiran saiz payudara.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

No comments:

Post a Comment