Saturday, 11 July 2015

Ketahui Bila Anda Boleh & Tidak Boleh Menyusukan Bayi

Assalamualaikum w.b.t.

Sue selalu jumpa soalan di group breastfeeding yang Sue join tentang boleh tak menyusukan anak kalau sakit seperti demam, selesema, sakit perut & lain2. Ada juga soalan tentang ubat ini boleh makan x, selamat x makan ubat ni, ganggu production susu x kalau makan ubat ni. Okay, entry kali ini Sue share sedikit info yang berkaitan dengan permasalahan ini.

Gambar hiasan

KETAHUI BILA ANDA BOLEH & TIDAK BOLEH MENYUSUKAN BAYI

  1. TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
    • Mengalami demam selsema, selsema berjangkit atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi.
    • Sedang mengambil ubat-ubatan, supplemen, pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
  2. Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
    • Analgesik (seperti paracetamol, ibuprofen, aspirin & sebagainya)
    • Kebanyakan antobiotik
    • Antihistamin
    • Antasid
    • Ubat-ubatan asma
    • Ubat-ubatan berasakan steroid (seoeti krim kulit)
    • Supplemen pemakanan
  3. BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
    • Mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
    • Menjalani pembedahan yang besra atau mengalami jangkitan yang serius.
    • Mengalami tuberkulosis - tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
    • Mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.
  4. JANGAN menyusukan bayi jika anda:
    • Mempunyai hepatitis C
    • Positif HIV
    • Sedang mengambil ubat anti-barah
    • Sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)
Sue harap info di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana mengetahui bila boleh & tidak boleh menyusukan anak. Sangat penting ilmu dalam dunia penyusuan susu ibu ini supaya perjalanan penyusuan berjalan lancar.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

No comments:

Post a Comment