Tuesday, 7 July 2015

Faedah Penyusuan Susu Ibu Kepada Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberi faedah kepada anak, malah kepada ibu juga. Pernah dengar x orang cakap, "kalau nak kurus lepas bersalin, kau 'breastfeed' anak kau!". Mesti pernah dengar kan? Dan masa dalam wad selepas bersalin, ada x doktor datang tanya nak guna perancang apa dan salah satu suggestion doktor ialah 'breastfeeding'? Ada kan? Jom ketahui apakah kebaikan 'breastfeeding' terhadap ibu.


FAEDAH 'BREASTFEEDING' KEPADA IBU

Kembali Kepada Bentuk Badan Asal
Penyusuan susu ibu membantu anda membakar lemak yang tersimpan sewaktu hamil. Penurunan berat badan lebih berjaya jika ibu turut mengamalkan senaman yang betul.

Mengecutkan Rahim
Penyusuan susu ibu akan merembeskan hormon-hormon yang bertindak ke atas uterus (rahim), menyebabkannya mengecut dan kembali kepada saiz asal dengan lebih cepta. Pengecutan ini juga menghalang pendarahan berlebihan selepas bersalin.

Melindungi Kesihatan
Penyusuan susu ibu melindungi ibu daripada penyakit barah payudara dan barah ovari dan mengurangkan kemungkinan mendapat osteoporosis dan penyakit jantung.

Menjarakkan Kehamilan
Penyusuan susu ibu melambatkan kedatangan haid dan ini boleh membantu ibu menjarakkan kehamilan secara semulajadi.

Mudah
Penyusuan susu ibu selesa, boleh diberikan kepada bayi di mana-mana sahaja ibu berada, pada bila-bila masa dan adalah pecuma.



Shaklee Independent Distributor
Suhaida
013-9841712


No comments:

Post a Comment