Wednesday, 1 July 2015

Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersalin

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ini Sue mendapat berita gembira. Sepupu yang paling rapat dengan Sue, namanya Shila selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sihat, Alhamdulillah. Sue & Shila ni memang rapat daripada kecil lagi sehinggakan ada yang menyangka kami ni kembar xseiras. Kami sebaya tetapi anak kami xsebaya. Anak Sue, Naufal lahir September 2014 & anak Shila Julai 2015. Beza dalam 10 bulan. :-)
TAHNIAH SHILA!



Bersempena dengan kelahiran anak kepada sepupu Sue, Sue nak share sikit apa yang perlu dilakukan kepada anak sejurus sahaja selepas dilahirkan. 

Yang pertama ialah MENCUCI & MENANAM URIUri yang dikeluarkan ketika melahirkan anak perlu ditanam seeloknya di tempat yang tidak menjadi sasaran binatang seperti anjing, stray cats, musang & sebagainya.  Mungkin di belakang rumah atau halaman  rumah yang bertanah yang difikirkan selamat dan sesuai ( uri hendaklah dibasuh bersih dan dibalut dengan kain putih sebelum ditanamkan).

Yang kedua, BERTAHNIKLebih afdhal dilakukan sebaik saja bayi lahir. Melakukan tahnik iaitu memasukkan mulut anak dengan memberi manisan seperti kurma (kita boleh meminta golongan alim untuk melakukannya – tidak semestinya imam kampung kita atau JKKK , tetapi orang yang kita ketahui adalah alim,soleh dan warak). 

Yang ketiga pula ialah MEMBERI NAMA KEPADA ANAK, BERCUKUR & AQIQAHSelepas 7 hari kelahiran hendaklah kita membuat cukur jambul, aqiqah(sekiranya mampu dari sudut kewangan) dan menamakan anak dengan nama yang baik maksudnya dalam Islam (bagi mereka yang telah memperoleh nama seawal sebelum kelahiran pun tak mengapa, yang penting pada hari aqiqah dilakukan hendaklah nama anak diberikan penuh untuk urusan lanjut sembelih korban). 

Yang seterusnya yang keempat, MELAPORKAN KELAHIRAN BAYI DI KLINIK KESIHATAN BEHAMPIRANSebaik sahaja ibu dibenarkan keluar dari hospital bersama bayi , adalah disarankan si ibu atau si bapa “melaporkan kelahiran bayi” kepada klinik kesihatan ibu & anak berdekatan dengan tempat anda mastautin (tempat anda tinggal) atau tempat anda bakal berpantang. Biasanya nurse akan beritahu masa bagi discharge letter, tapi kalau time nak discharge ada 4 orang sekaligus mungkin ada yang terlepas pandang. Untuk memastikan klinik kesihatan ibu & anak yg terdekat, kena la kite pegi klinik biasa dan bertanya or just google search “klinik kesihatan ibu dan anak berdekatan daerah anda tinggal”. Kepastian ini perlu dilakukan untuk mengelak daripada anda berulang alik kesana sini mencari klinik kesihatan ibu & anak merata-rata. Once anda telah melaporkan kelahiran bayi anda di klinik kesihatan ibu & anak (KKIA) berdekatan, nurse klinik tersebut akan arrange appointment untuk datang melawat pada hari berikutnya selama 10 hari berturut – turut, dan selepas tu pada hari ke-20 pula. Mengapa nurse nak datang? Itu sudah menjadi kewajipan nurse untuk memeriksa keadaan si ibu dan anak untuk memastikan keadaan ibu dan anak berada dalam keadaan baik - check condition jahitan luka ibu & perkembangan anak untuk sebarang early detection of disease or infection especially jaundice a.k.a demam kuning. Selepas hari ke-20 nurse dah tak datang ke rumah, dan selepas tu ibu perlu membawa bayi ke klinik kesihatan iaitu pada hari ke- 30 untuk suntikan vaksin yang pertama.

Yang kelima ialah MONTHLY CHECKUP. Suntikan vaksin yang pertama adalah pada hari bayi mencapai umur 30 hari atau sebulan. Terpulang samada nak bawa your baby check up di klinik kerajaan atau swasta. As long as your baby got the schedule vaccination injection. Dalam buku checkup “merah” ada dinyatakan bulan-bulan yang perlu diberi vaksin kepada anak dan jenis vaksin yg akan diberikan. Jadual suntikan ini akan berperingkat sehinggalah anak anda berumur setahun setengah (1 year ½ half).

Yang terakhir ialah EXCLUSIVE BREASTFEEDING UP TO SIX MONTHSebaik-baiknya pastikan pemberian susu ibu SAHAJA diberikan kepada anak anda seawal dari kelahiran sehingga lah anak anda berusia 2 tahun atau sekurang – kurangnya sehingga bayi berusia 6 bulan. Hanya susu ibu sahaja, air masak pun tidak boleh. Apabila bayi sudah menjangkau usia 6 bulan, barulah dibolehkan memperkenalkan dengan makanan semi-solid. Seelok-eloknya dimulai dengan memberi puri buah-buahan atau sayur-sayuran dengan mengikut 4 days rules. Nestum sangat tidak digalakkan kerana kandungan gula yang terlalu tinggi yang mungkin bahaya pada bayi kita. Penyusuan susu ibu hendaklah diteruskan sehingga 2 tahun.

Rasanya itu sahaja Sue dapat kongsikan kepada anda semua. Maklumlah Sue pun new mom. Bercakap berdasarkan pengalaman. Pengalaman yang baru setahun jagung. Alhamdulillah, Naufal kini sudah berusia 10 bulan & masih fully breastfeeding. Sue juga salah seorang yang SUPPORT BREASTFEEDING & HOMEMADE FOOD. Insyallah entry akan datang Sue akan share pula tentang homemade food.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712


No comments:

Post a Comment