Friday, 3 July 2015

Majlis Berbuka Puasa Kilang Sawit Chini 2

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan merasai Ramadhan. Hari ini 17 Ramadhan 1436H, cepat masa berlalu, rasa macam baru semalam dengar pengumuman Ramadhan. Bermakna ada lebih kurang 2 minggu Ramadhan akan beransur pergi. Sepanjang Ramadhan ni perlbagai juadah berbuka puasa dikongsikan di laman sosial terutamanya Facebook. X kurang juga dengan majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh pihak tertentu.

Gambar hiasan

Kilang Sawit Chini 2 juga tidak ketinggalan mengadakan Majlis Berbuka Puasa untuk kakitangan & keluarga kilang ini. Majlis ini berlangsung semalam (3/7/15) di rumah KKD Chini 2. KKD ni nama persatuan wanita Kilang Sawit Chini 2. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Bila disebut Majlis Berbuka Puasa, apa yang digambarkan adalah menu. Menu untuk majlis semalam ialah KARI KAMBING, AYAM MASAK MERAH, ACAR, NASI MINYAK, AGAR-AGAR & AIR OREN. Selain itu, pelbagai aneka kuih disajikan hasil sumbangan individu. Bos juga tidak ketinggalan memberi sumbangan iaitu seekor kambing. Kambing yang dimasak kari itu adalah sumbangan peribadi bos kepada para pekerjanya. 
P/S: Tiada gambar majlis dapat dikongsikan kerana xsempat untuk ambil gambar...:-)

Seperti majlis2 lain, aktiviti gotong royong menyediakan juadah pasti ada. Kami memualakan rewang ini berlansung seawal 10 pagi sehingga jam 6 petang. Agak lama kan? Memang lama kerana sepanjang hari tiada bekalan elektrik. Banyak kerja tergendala dan akhirnya kerja2 yang memerlukan tenaga elektrik seperti blend bawang & parut kelapa dilakukan di kilang atas arahan bos. Alhamdulillah semuanya berjaya disiapkan walaupun agak kelam kabut...:-)

Majlis ini bemula jam 7 petang. Ada sedikit tahlil yang diketuai oleh imam surau kecil kami sehingga waktu berbuka. Alhamdulillah semua berpuas hati dengan masakan kami. Apabila selesai sesi makan, sesi pembersihan pun bermula. Majlis ini berakhir sekitar jam 9.30 malam. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar & aman.

Apa yang pali seronok bila majlis sebegini dilakukan ialah ukhuwah yang terbina. Masa inilah kita dapat mengenali jiran2 kita dengan lebih dekat. Berbual kosong, sakat menyakat, itulah menjadikan suasana yang riang & bahagia. Masa itu jugalah terasa seperti sebuah keluarga...:-) 


No comments:

Post a Comment