Assalamualaikum w.b.t.
Harini ialah hari lahir "Abah". Abah ini bukan ayah Sue tapi pakngah Sue. Disebabkan Sue rapat dengan beliau, dari kecil lagi panggil Abah. Selepas ayah kandung Sue kembali ke Rahmatullah, abah la tempat kami adik beradik menumpang kasih seorang ayah walaupun ayah kami tiada penggantinya. Semalam abah dapat cucu baru & semalam juga abah diuji oleh Allah. Kereta abah terbakar! Dalam satu hari abah dapat berita gembira & berita sedih. Besar betul dugaan abah. Inilah dia gambar kereta Waja abah yang terbakar.
Ketika kejadian, abah ada di JB tengok cucu barunya. Makcik Sue yang duduk sekampung dengan abah telah melaporkan kepada abah. Lembik abah dibuatnya. Pihak bomba mengesyaki punca kebakaran ini ialah lintas pintas di bahagian enjin tetapi masih dalam siasatan. Mujur api tidak merebak ke rumah, Alhamdulillah. Abah, sabar & tabah ye. Ada hikmah di sebalik yang terjadi.
Disebabkan kejadian yang menimpa abah ni, Sue nak share sedikit antara PUNCA BERLAKUNYA KEBAKARAN PADA KERETA. Sue pun tidaklah pakar dalam hal ini tapi Sue ada buat sedikit research yang Sue fikirkan logik berlakunya kebakaran kereta.
Kebanyakan kebakaran kereta bermula dari RUANGAN ENJIN dan kebanyakannya kebakaran kereta bukan disebabkan oleh kecacatan kejuruteraan tetapi disebabkan oleh PENYENGGARAAN YANG LEMAH. Sebarang KEBOCORAN PADA HOS & PAM pun boleh menyebabkan pengaliran cecair mudah terbakar pada enjin blok yang panas atau sistem elektrik. Bendasing yang terkumpul pada bahagian panas enjin dan sistem ekzos juga boleh menyebabkan kebakaran seperti daun dan rumput kering. Selain itu, PUNTUNG ROKOK juga boleh menyebabkan kebakaran kereta. BAHAN MUDAH TERBAKAR YANG DILETAKKAN DI TEMPAT SIMPANAN BELAKANG juga boleh menyebabkan kebakaran.
Apapun yang terjadi, jangan panik. Terus hubungi pihak berkuasa untuk memadamkan kebakaran. Pastikan anda tidak berada berhampiran kereta yang terbakar kerana kereta dikhuatiri akan berlaku letupan pada kereta. Serahkan kerja pemadaman api kepada pihak bomba & siasatan punca kebakaran kepada pihak tertentu.
Sekian sahaja perkongsian ringkas daripada Sue.
No comments:
Post a Comment