Assalamualaikum w.b.t.
Pernah kita berada dalam satu keadaan di mana kita berasa kagum dengan rakan terdekat dalam melakukan sesuatu? Kita merasakan bahawa mereka adalah genius dan berbeza daripada orang lain. Kita menganggap mereka adalah golongan yang istimewa. Tahukah anda, bahawa anda juga bolem berbuat demikian, yakni menjadi genius.
9 TIPS UNTUK MENJADI GENIUS
BERFIKIR DI LUAR KOTAK
Jika sebelum ini anda banyak menggunakan sesuatu peralatan dalam lingkungan biasa, cuba kali ini bertindak lebih daripada kebiasaan. Contohnya cuba fikirkan apa yang dapat dilakukan dengan menggunakan botol kosong minuman yang ada selain daripada membuangnya. Cuba reka dan bermain dengan imaginasi anda itu.
MELUKIS
Anda juga boleh melukis untuk mengembangkan kemampuan otak anda. Melukis membuatkan anda menggunakan otak kanan lebih banyak. Tidak perlu takut untuk melukis. Mulakan sahaja.
MEMBACA BUKU LUAR BIDANG ANDA
Apa kata kali ini anda membaca buku luar daripada skop anda. Jika sebelum ini anda banyak menghabiskan masa dengan membaca buku tentang sejarah Malaysia, apa kata kali ini anda paksa diri anda untuk membaca tentang buku kewangan yang langsung anda tidak terfikir akannya.
MELIPAT ORIGAMI
Cuba ambil kertas dan mula melipat origami anda. Anda boleh dapatkan pelbagai jenis bentuk lipatan origami dengan menggunakan internet.
BELAJAR BAHASA
Salah satu untuk memaksa otak anda untuk bekerja lebih kuat dan hebat adalah dengan belajar bahasa lain selain bahasa anda. Anda tidak perlu untuk mahir keseluruhan bahasa tersebut. Cukup sahaja dengan belajar beberapa frasa yang menarik untuk anda.
PERSPEKTIF
Lihat di luar tingkap anda. Kemudiannya ceritakan semula apa yang anda lihat dalam bentuk yang pelbagai. Contohnya, katakan anda ternampak sebuah kereta polis yang sedang melalui hadapan rumah anda. Mungkin anda boleh mengambarkannya sebagai besar, cantik, merah berkelip-kelip dan lain-lain.
MENCARI HOBI BARU
Jika sebelum ini anda hanya menjurus kepada sesuatu hobi. Apa kata kali ini anda mencuba hobi yang baru. Cuba lakukan aktiviti hobi baru anda untuk bebearpa ketika.
MENGEMBARA
Mengembara merupakan salah satu tips yang baik untuk menambah perspektif anda tentang kehidupan. Ianya mungkin memerlukan sedikit kos. Tetapi jika anda berduit, tidak salah bukan?
BERLAKON
Aktiviti ini juga menarik untuk dilakukan. Mungkin anda boleh melakonkan watak-watak rancangan televisyen atau drama kesukaan anda. Tidak perlu terlalu lama, cukup sekadar 10 minit sudah mencukupi. Senaman atau tips ini membiolehkan anda untuk melatihkan diri dengan meletakkan diri anda di tempat orang lain.
No comments:
Post a Comment