Thursday, 9 July 2015

Selamat Hari Lahir Ayah Ke-53

Assalamualaikum w.b.t.

10 Julai 2015, jika ayah masih ada bersama kami, harini genap ayah berusia 53 tahun. Tetapi Allah lebih merindui & menyayangi hamba Dia yang baik ini. Ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya pada usia 52 tahun. Tiada hadiah & kek seperti biasa dapat kami berikan kepada ayah, hanya sekalung doa daripada kami. Al-Fatihah buat ayah


Sempena birthday ayah, entry kalini Sue ingin share serba sedikit tentang ayah. Seorang ayah yang penyabar & penyayang.

Nama: Md Salim bin Sojak
Tarikh lahir: 10 Julai 1962
Tempat lahir: Pontian, Johor
Pekerjaan: Pesara Askar
Personaliti: Penyabar, penyayang, rajin, pandai memasak, tegas, pemurah & soleh
Tarikh kematian: 1 Januari 2014
Sebab kematian: Kanser usus

Itulah serba sedikit Sue share dengan pembaca blog Sue. Di kesempatan ini, Sue meminta jasa baik anda untuk turut sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah Sue. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang soleh & beriman.


No comments:

Post a Comment