Thursday, 16 July 2015

Perbezaan antara Ubat dan Supplemen (Makanan Tambahan)

Assalamualaikum w.b.t.



MEDICINE (UBAT)
  • Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  • Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  • Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.
  • Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  • Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.
  • Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 
  •  Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.
  • Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.
  • Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.
  • Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

SUPPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)
  • Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  • Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  • Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.
  • Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  • Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.
  • Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  • Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.
  • Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.
  • Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.
  • Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Wednesday, 15 July 2015

8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda

Assalamualaikum w.b.t.

YOU ARE WHAT YOU EAT!

Gambar hiasan

8 Makanan Rahsia Untuk Kekal Sihat & Awet Muda ialah
  • Makanan Yang Dipanggang
Makanlah makanan yang dipanggang atau direbus. Semestinya makanan yang dipanggang atau direbus merupakan cara masak yang terbaik untuk badan sihat terutamanya ikan. Pengambilan ikan jenis mackerel, sardin, salmon & dori yang dipanggang atau direbus boleh membuatkan denyutan jantung yang lebih baik.

  • Minum Kopi
Menurut kajian daripada pakar pemakanan California, mendapati kafein melindungi fungsi otak. Manakala pakar daripada Perancis pula mengatakan wanita yang minum kopi 3 kali sehari dapat mengelakkan penurunan kognitif sebanyak 30%. Malah, mereka tidak mengalami masalah ingatan pada usia tua berbanding bukan peminat kopi.

  • Vitamin D
Ambillah Vitamin D, ia membantu penurunan tekanan darah, meningkatkan antibodi badan & melindungi daripada sebarang penyakit kanser juga jantung. Antara sumber Vitamin D ialah sinaran matahari pagi, minyak ikan, salmon, tuna & udang.

  • Minyak Zaitun
Pengambilan makanan segar ditambah dengan minyak zaitun akan membuatkan anda kelihatan lebih muda 2 tahun daripada usia sebenar. Jadi, tukar minyak masak & mentega roti kepada minyak zaitun!

  • Sayur-Sayuran
Makan lebih banyak sayur. Gantikan snek pada waktu lapang kepada salad segar atau buah-buahan. Belilah sayuran & buahan yang masih segar. Bersihkan terlebih dahuku sebelum disimpan di dalam peti sejuk. Ia bertujuan untuk mengelakkan kerosakan vitamin yang ada dalam bahan makanan tersebut.

  • Teh Hijau
Nikmati teh hijau. Pakar pemakanan China mengatakan, seseorang yang minum teh hijau akan kelihatan lebih muda 5 tahun daripada usia sebenar berbanding orang yang minum teh biasa. Tambahkan hirisan lemon bersama teh untuk memberi kekuatan pada badan melawan kanser.

  • Kawal Pengambilan Garam & Gula
Tanpa kita sedari, gula dan garam merupakan lemak jahat yang mampu menyumbat arteri sehingga meningkatkan tekanan darah. Jadi, anda perlu mengawal pengambilan gula dan garam setiap hari.

  • Elakkan Makanan Dalam Tin
Makanan diproses dalam tin mempunyai bahan kimia yang banyak bagi mengelakkan makanan itu cepat rosak. Memang ia menyenangkan kerja anda, tetapi ia membahayakan kesihatan anda juga.




Shaklee Independent Distributor 
Suhaida 972248
013-9841712

Produk Yang Disyorkan Untuk Hipoglisemia/Tahap Gula Rendah

Assalamualaikum w.b.t.

Hipoglisemia bermaksud kejadian di mana individu mengalami tanda dan simptom yang berkaitan hipoglisemia dan pada waktu kejadian berlaku, paras gula dalam darah dikesan sebagai rendah. Tanda dan simptom hipoglisemia ini akan hilang apabila paras gula dinaikkan ke paras normal.

Hipoglisemia boleh terjadi apabila paras gula mencecah bawah 3.9 mmol/L (60 or 70 mg/dL) tapi seringkali individu hanya merasa simptom apabila mencapai aras 2.8 hingga 3.0 mmol/L (50 to 54 mg/dL).

Gambar hiasan

Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk penghidap Hipoglisemia atau Paras Gula Rendah ialah:
  • Alfalfa Complex
    • Kromium (Penting dalam metabolisma glukos)
  • Vita Lea Iron Formula
    • Memerlukan semua nutrien untuk pemulihan
  • B Complex
    • Penting untuk metabolism karbohidrat (gula)
  • Sustained Release Vita C Plus
    • Untuk kekurangan pada kelenjar adrenal
  • ESP
    • Pesakit hipoglisemik biasa gagal menghadam protein
  • OsteMatrix
    • Mg penting dala metabolism kerbohhidrat (gula)
  • Zinc Complex
    • Kebanyakan hipoglisemik adalah kekurangan zink




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Tuesday, 14 July 2015

'Susukan Saya. Saya Lapar!'

Assalamualaikum w.b.t.

Bayi perlu disusukan mengikut permintaan-lazimnya pada setiap 1 1/2 ke 3 jam. Dia akan menangis bila lapar dan lama-kelamaan anda akan dapat mengenali tangisannya bila dia lapar.

Setiap bayi mempunyai keperluan kalori dan corak penyusuan yang berlainan. Jadi,anda tidak perlu khuatir untuk menyediakan jadual waktu penyusuan bayi. Bayi anda mungkin menyusu lebih kerap pada waktu tumbesaran meningkat dan kembali kepada corak biasa selepas beerapa hari. Apa yang penting ialah menyusukan bayi selama mana yang diinginkannya. Apabila dia kenyang, dia akan 'memberitahu' anda dengan menghentak genggamannya atau membengkokkan badannya.

Gambar hiasan

PENYUSUAN PADA WAKTU MALAM


Bayi akan menyusu sekali atau dua kali pada waktu malam. Apabila menyusukan bayi pada waktu malam, ada baiknya anda tidak menghidupkan lampu. Tukar lampin bayi sebelum menyusukannya dan tidurkannya kembali selepas menyusu. Menjelang 4 bulan, bayi biasanya tidur lebih lama tanpa terjaga pada waktu malam.

Gambar hiasan



Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Produk Yang Disyorkan Untuk Gastrik/Peptik, Ulser Perut

Assalamualaikum w.b.t.

Ulser peptik, ulser perut atau ulser gastrik , juga dikenali sebagai PUD (Bahasa Inggerispeptic ulser disease) merupakan rekahan yang ketara di dalam mukosa perut yang diakibatkan oleh kesan-kesan kaustik oleh asid dan pepsin di dalam lumen. Secara histologi, ulser peptik dikenali pasti sebagai nekrosis pada mukosa yang menyebabkan lesi yang berukuran 0.5 cm (1/5 inci) ke atas. Ia merupakan ulser yang paling umum bagi kawasan salur gastrousus yang biasanya bersifat asid dan oleh itu amat menyakitkan. Helicobacter pylori adalah salah satu punca utama ulser peptik. Ulser juga boleh disebabkan oleh diparahkan oleh ubat-ubatan seperti aspirin, iburpofen, dan lain-lain.

Gambar hiasan

Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk penghidap gastrik/peptik & ulser perut ialah:

  • Vivix
    • Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • ESP
    • Penting dalam pemulihan (elakkan susu)
  • Alfalfa Complex
    • Mengurangkan keasidan & inflamasi
  • Peppermint Ginger
    • Membantu pencernaan dengan meransang pengaliran cecair pencernaan semulajadi
  • Omega Guard
    • Menghalang saluran perut & usus dari ulser
  • Zinc Complex
    • Menggalakkan pemulihan segera
  • Carotomax
    • Memelihara membran mukosa perut & usus



Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Sunday, 12 July 2015

Produk Yang Disyorkan Untuk Anemia (Kurang Darah)

Assalamualaikum w.b.t.

Anemia atau kurang darah adalah keadaan di mana jumlah sel darah merah atau hemoglobin (protein pembawa oksigen) dalam sel darah merah berada di bawah normal. Sel darah merah mengandungi hemoglobin yang berperanan dalam mengangkut oksigen dari paru-paru dan menghantarkannya ke seluruh bahagian tubuh. 

Akibat dari anemia adalah transportasi sel darah merah akan terganggu dan jaringan tubuh si penderita anemia akan mengalami kekurangan oksigen guna menghasilkan tenaga. Maka tidak hairanlah jika gejala anemia ditunjukkan dengan merasa cepat lelah, pucat, gelisah, dan sesak. Serta ditandai dengan warna pucat di beberapa bahagian tubuh seperti lidah dan kelopak mata.

Gejala Anemia
Gambar hiasan

Antara produk Shaklee yang disyorkan untuk penghidap Anemia ialah:

  • Vita Lea Iron Formula
    • Untuk pembentukkan sel darah merah
  • B Complex
    • Diperlukan dalam penghasilan sel darah merah (B12, Asid Folik)
  • Sustained Release Vita C Plus
    • Membantu penyerapan besi, folik & B12
  • ESP
    • Meningkatkan tenaga
  • Meal Shakes
    • Lengkap dengan imbangan vitamin & mineral
  • Alfalfa Complex
    • Kaya dengan mineral galian
  • DTX Complex
    • Dandelion mempertingkatkan keupayaan tubuh menyerap besi dari makanan



Atasi Anemia di kalangan ibu hamil!

Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Homemade Kek Batik

Assalamualaikum w.b.t.

Salam 25 Ramadhan. Tinggal 4 hari lagi nak raya. Tapi Sue sekeluarga esok dah pulang ke kampung. Tahun ini beraya di Jengka. Kenapa balik awal sangat? Sebab suami Sue cuti awal. 1 Syawal dia kena standby. Lagipun Jengka dekat je dengan Chini.

Jadi, disebabkan esok dah nak balik kampung, hari ini Sue buat kek batik untuk balas segala juadah yang telah diberikan oleh jiran2. Sue ni xpandai sangat nak buat kuih muih ditambah pula dengan tiada kelengkapan, sebab itu jarang buat kuih. Kek batik jelah Sue mampu buat...:-)

Gambar hiasan

Okay, Sue nak share resepi kek batik sue yang super mudah!

Bahan-bahan:
  • 1 cawan marjerin @ 1 buku butter
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air
  • 2 botol serbuk koko
  • 1 paket biskut marie (350g) - belah 4


Cara-cara:
  1. Masukkan marjerin@butter ke dalam kuali untuk cairkan.
  2. Masukkan gula & air. Gaul sehingga gula larut.
  3. Masukkan serbuk koko. Gaul sehingga rata.
  4. Masukkan biskut marie setelah cairan coklat itu sedikit pekat. Gaul sehingga rata.
  5. Angkat biskut bersalut coklat itu, masukkan dalam loyang@bekas & mampatkan.
  6. Sejukkan seketika pada suhu bilik & masukkan dalam fridge.
  7. Siap!


Mudah kan? Sebelum ini Sue buat kek batik guna milo tapi kali ini Sue guna resepi kakak ipar guna serbuk koko sbb serbuk koko ni murah...:-)

Selamat mencuba!



Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Saturday, 11 July 2015

Ketahui Bila Anda Boleh & Tidak Boleh Menyusukan Bayi

Assalamualaikum w.b.t.

Sue selalu jumpa soalan di group breastfeeding yang Sue join tentang boleh tak menyusukan anak kalau sakit seperti demam, selesema, sakit perut & lain2. Ada juga soalan tentang ubat ini boleh makan x, selamat x makan ubat ni, ganggu production susu x kalau makan ubat ni. Okay, entry kali ini Sue share sedikit info yang berkaitan dengan permasalahan ini.

Gambar hiasan

KETAHUI BILA ANDA BOLEH & TIDAK BOLEH MENYUSUKAN BAYI

  1. TERUSKAN penyusuan susu ibu walaupun anda:
    • Mengalami demam selsema, selsema berjangkit atau jangkitan bakteria. Apabila anda tidak sihat, tubuh anda menghasilkan antibodi yang akan dipindahkan kepada bayi menerusi susu. Jika anda berhenti menyusukannya, anda sebenarnya mengurangkan perlindungan bayi.
    • Sedang mengambil ubat-ubatan, supplemen, pemakanan atau sediaan herba. Akan tetapi, semaklah dengan doktor terlebih dahulu.
  2. Ubat-ubatan yang selamat untuk diambil dalam tempoh penyusuan
    • Analgesik (seperti paracetamol, ibuprofen, aspirin & sebagainya)
    • Kebanyakan antobiotik
    • Antihistamin
    • Antasid
    • Ubat-ubatan asma
    • Ubat-ubatan berasakan steroid (seoeti krim kulit)
    • Supplemen pemakanan
  3. BERHENTI menyusukan bayi buat sementara waktu jika anda:
    • Mengalami abses payudara atau penyakit yang serius.
    • Menjalani pembedahan yang besra atau mengalami jangkitan yang serius.
    • Mengalami tuberkulosis - tunggu sehingga doktor mengesahkan anda tidak lagi berjangkit.
    • Mempunyai lesi herpes yang aktif pada payudara.
  4. JANGAN menyusukan bayi jika anda:
    • Mempunyai hepatitis C
    • Positif HIV
    • Sedang mengambil ubat anti-barah
    • Sedang mengambil ubat-ubatan radioaktif (seperti iodin)
Sue harap info di atas ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu di luar sana mengetahui bila boleh & tidak boleh menyusukan anak. Sangat penting ilmu dalam dunia penyusuan susu ibu ini supaya perjalanan penyusuan berjalan lancar.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Friday, 10 July 2015

Produk Yang Disyorkan Untuk Alergi Hidung

Assalamualaikum w.b.t.

Alahan hidung ialah tindakbalas berlebihan pada sistem keimunan (sistem pertahanan badan yang melindungi badan anda daripada benda asing) terdapat allergen. Allergen adalah apa-apa bahan yang dapat menghasilkan tindakbalas alergi/alahan.

Gambar hiasan


  • Vivix
    • Mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
  • Nutriferon
    • Mempertingkatkan sistem imun
  • Sustained Release Vita C Plus
    • Meminimakan kesan histamine (bahan keradangan dihasilkan oleh sel sebagai respon kepada debunga atau allergen)
  • Garlic
    • Antibiotik semulajadi
  • Carotomax
    • Mempertingkatkan sistem imun
  • Zinc Complex
    • Mempertingkatkan sistem imun
  • Vita E Complex
    • Mempertingkatkan sistem imun
  • ESP
    • Meningkatkan tenaga
  • Alfalfa Complex
    • Detoksifikasi, anti keradangan

Hubungi saya untuk dapatkan produk Shaklee
Suhaida
013-9841712


Salah Faham Tentang Penyusuan Susu Ibu

Assalamualaikum w.b.t.

Apabila anda sudah membuat keputusan untuk menyusukan bayi, dapatkanlah semua maklumat tentang penyusuan susu ibu. Entry kali ini membantu meleraikan salah tanggapan anda terhadap penyusuan susu ibu.


SALAH FAHAM TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

"Saya tidak mahu payudara yang kendur!"
Yang sebenarnya, penyusuan susu ibu membantu anda kembali kepada bentuk badan asal dengan lebih cepat. Wanita yang payudaranya kendur selepas bersalin menyalahkan penyusuan susu ibu sedangkan hakikatnya ia disebabkan oleh faktor usia yang meningkat & graviti.

"Penyusuan susu ibu menyusahkan"
Penyusuan susu ibu sebenarnya memudahkan anda. Anda tidak perlu membawa peralatan, tidak perlu risau tentang bekalan susu, penyimpanan atau penyediaan susu. Tambahan lagi, penyusuan susu ibu boleh dilakukan pada bila- bila masa, di mana-mana sahaja & ia tidak melibatkan kos!

"Kenapa perlu susukan bayi sedangkan saya akan kembali bekerja?"
Entry seterusnya akan menunjukkan cara untuk menggabungkan penyusuan dengan kerja. Ia mudah, memuaskan hati & berbezadaripada apa yang anda fikirkan. Ia praktikal!

"Penyusuan susu ibu mudah. Apa lagi yang hendak dipelajari?"
Penyusuan susu ibu memang semulajadi & mudah tetapi ia juga satu kemahiran yang perlu dipelajari. Dengan belajar, anda boleh lebih bersedia & tidak mudah mengalah apabila timbul masalah.

"Menyusukan bayi? Jangan haraplah. Tidakkah ia menyakitkan?"
Hakikatnya, pada awalnya anda mungkin rasa sedikit bengkak. Akan tetapi, ia akan hilang selepas beberapa hari. Jika anda rasa sakit, ini mungkin disebabkan bayi tidak menghisap puting dengan betul.

"Tapi wanita yang berpayudara kecil tidak boleh menghasilkan susu yang mencukupi"
Wanita yang berpayudara kecil boleh menghasilkan susu yang mencukupi. Saiz payudara dipengaruhi oleh tisu lemak manakala penghasilan susu bergantung kepada saiz kalenjar mamari di dalam payudara. Kalenjar mamari adalah sama tanpa mengiran saiz payudara.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712

Promo Julai : B COMPLEX

Assalamualaikum w.b.t.

Pada bulan Julai 2015 ini, selain promo Vivix, B Complex juga promo. B Complex, BELI 3 PERCUMA 1. Bayar untuk 3 botol tapi dapat 4 botol. Jimatkan? Tapi apa kelebihan / manfaat B Complex ini yang membuatkan anda wajib milikinya. Terutamanya di bulan Syawal yang akan datang ini? Jom kenali B Complex dengan lebih dekat.


MANFAAT UTAMA B COMPLEX

  • Menukarkan makanan  kepada tenaga
    • B Complex Shaklee membantu proses penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenaga. Sekaligus mengurangkan masalah keletihan/kelesuan.
  • Melawan Tekanan
    • B Complex Shaklee memastikan kesihatan fungsi saraf. Sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • Membantu Tumbesaran
    • B Complex Shaklee menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal pada bayi dan kanak-kanak. Membantu pembinaan DNA dan sel-sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang.
  • Kesihatan Rambut
    • B Complex Shaklee memperbaiki masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan mengekalkan kesihatan rambut. Ni sangat bagus bagi mereka yang ada masalah kekurangan rambut.
  • Kesihatan Mata
    • B Complex Shaklee mengurangkan masalah keletihan mata, katarak, meningkatkan kualiti penglihatan dan memperbaiki memori serta daya fokus anda.
  • Mengurangkan risiko mendapat anemia
    • B Complex Shaklee membantu pembentukan Sel Darah Merah yang sihat dan antibodi, merangsang peredaran darah dalam badan, memperbaiki kesihatan kardiovaskular, anemia, sakit kepala, pening, lemah semangat, keletihan, migrain, muntah-muntah, mabuk darat dan laut.
  • Meredakan Senggugut
    • B Complex Shaklee baik untuk masalah senggugut (PMS), meredakan kerisauan, keresahan dan masalah penghadaman terutama bagi mereka yang mengambil ubat hormon dan ubat tahan sakit.
  • Mengurangkan risiko mendapat Perleche 
    • B Complex Shaklee boleh mengurangkan risiko penyakit kerekahan mulut (mouth chilitis),  jangkitan lidah (glossitis) dan nafas berbau.
  • Detoksifikasi
    • Meredakan Alahan.

Hubungi saya
Suhaida
013-9841712

Thursday, 9 July 2015

Selamat Hari Lahir Ayah Ke-53

Assalamualaikum w.b.t.

10 Julai 2015, jika ayah masih ada bersama kami, harini genap ayah berusia 53 tahun. Tetapi Allah lebih merindui & menyayangi hamba Dia yang baik ini. Ayah pergi meninggalkan kami buat selamanya pada usia 52 tahun. Tiada hadiah & kek seperti biasa dapat kami berikan kepada ayah, hanya sekalung doa daripada kami. Al-Fatihah buat ayah


Sempena birthday ayah, entry kalini Sue ingin share serba sedikit tentang ayah. Seorang ayah yang penyabar & penyayang.

Nama: Md Salim bin Sojak
Tarikh lahir: 10 Julai 1962
Tempat lahir: Pontian, Johor
Pekerjaan: Pesara Askar
Personaliti: Penyabar, penyayang, rajin, pandai memasak, tegas, pemurah & soleh
Tarikh kematian: 1 Januari 2014
Sebab kematian: Kanser usus

Itulah serba sedikit Sue share dengan pembaca blog Sue. Di kesempatan ini, Sue meminta jasa baik anda untuk turut sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah Sue. Semoga ayah ditempatkan di kalangan orang soleh & beriman.


Projek Kuih Raya di Batu Pahat

Assalamualaikum w.b.t.

Syawal is around the corner (sorry kalau salah). Rasa macam baru seminggu berpuasa. Minggu depan dah raya. Tahun ini keluarga Sue akan beraya di Jengka sebab tahun lepas giliran Batu Pahat. Disebabkan tahun tidak beraya di Batu Pahat, kami balik untuk sama2 berbuka puasa. Dan projek kuih raya pun bemula.

Projek kuih raya tahu lepas kami mula. Hanya Sue, adik kembar Sue & mak terlibat dalam projek ini. Kuih wajib ialah CORNFLAKES MADU & SARANG SEMUT sebab kuih kegemaran kami & mudah! Tapi tahun ini ada penambahan, BISKUT FAMOUS AMOS. So, dalam entry ini, Sue nak share resepi kuih yang kami buat tahun ini.

CORNFLAKES MADU
 5 cawan cornflakes
1/4 cawan butter
1/4 cawan madu
1 1/2 sudu gula kastor
Chocolate Rice
Papercup

  1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
  2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
  3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
  4. Sudukan ke dalam paper cup, hiaskan dengan ceri atau taburan manik.
  5. Bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.


SARANG SEMUT
250 gm butter 
100 gm gula halus 
350 gm tepung gandum
100 gm tepung kastard
100 gm tepung jagung 
1 biji kuning telur  
1 sudu kecil esen vanila
Chocolate Rice
Papercup

  1. Pukul kembang butter dan gula. 
  2. Masukkan kuning telur dan esen vanila dan gaul rata. 
  3. Masukkan tepung dan gaul rata. 
  4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper cup. 
  5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil. 
  6. Bakar dalam oven dengan suhu 180c sampai masak ( anggaran 15 minit ). 
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Resepi Famous Amos xde pula sebab ini adik yang buat...hehe

Kenali Sakit Mata Beserta Kemerahan

Assalamualaikum w.b.t.

Dengan memiliki mata yang sihat anda dapat melihat dengan jelas dan tidak mengalami sakit mata. Orang yang memiliki mata yang sihat berupaya menerima persepsi terhadap bentuk, saiz, struktur, warna, kedudukan, dan jarak antara objek dengan kita. Ia membolehkan kita mengenal alam dan diri kita sendiri. 


Memelihara kesihatan mata bererti kita memelihara ketajaman penglihatan. Dengan penglihatan ini dapat kita mengetahui dan sedar kedudukan kita dengan objek persekitaran. Ia dapat kita mengimbangi badan untuk memudahkan kita bergerak. 



Ulser Kornea
Kornea merupakan lapisan terluar mata. Permukaan kornea adalah jernih, berbentuk kubah yang meliputi bahagian hadapan mata dan membantu memfokus cahaya ke retina. Jangkitan pada kornea berlaku apabila bakteria berjaya memasuki kornea melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Pengguna kanta sentuh mempunyai risiko tingga untuk mendapat ulser kornea jika arahan cara pemakaian dan penjagaan tidak diikuti dengan betul.
Tanda dan gejala ulser kornea:
  • Sakit mata yang teruk
  • Mata merah
  • Mata berair
  • Berpasir atau berbiji
  • Sensitif pada cahaya (fotofobia)
  • Kabur
Glaukoma Akut
Glaukoma jenis akut adalah merupakan kes kecemasan bagi penyakit mata. Ia terjadi berikutan peningkatan tekanan bola mata yang mendadak disebabkan oleh masalah pengaliran cecair dari dalam ke luar mata. Bola mata menjadi keras dan menyebabkan kesakitan yang teruk.
Tanda-tanda dan gejala glaukoma akut:
  • Sakit mata yang mendadak
  • Kabur
  • Pandangan berpinar (kelihatan gegelang berwarna warni di keliling cahaya)
  • Mata merah
  • Sakit kepala
  • Loya dan mungkin muntah
Uveitis
Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea.
Tanda-tanda dan gejala uveitis:
  • Sakit mata
  • Sensitif pada cahaya (fotofobia)
  • Kabur
  • Mata merah (selalunya kemerahan sekeliling kornea)
  • Kadang kala megalami floaters (kelihatan bayangan terapung di hadapan mata yang sakit)

Tangani sakit mata anda dengan B COMPLEX SHAKLEE. Sempena promo Julai 2015, B COMPLEX pada harga yang lebih murah. Dapatkan dengan harga lebih murah jika anda mendaftar sebagai ahli.


Hubungi saya
Suhaida
013-9841712


Wednesday, 8 July 2015

5 Tips Kurangkan Berat Badan Dengan Cepat

Assalamualaikum w.b.t.

Mana satu pilihan anda untuk kurus? Ambil ubat-ubatan untuk kurus atau kurus secara semulajadi? Pengambilan produk pelansingan tiada salahnya tetapi pastikan anda tahu sumber produk tersebut. Terdapat produk pelansingan yang membawa mudarat walaupun anda dapat berat badan yang anda impikan dalam masa singkat. Gunakan produk pelansingan yang menggunakan bahan semulajadi dan selamat seperti Shaklee (Ooop... terpromote!). Selain itu, ketahui juga cara untuk kurangkan berat badan dengan cepat tetapi selamat.


5 TIPS KURANGKAN BERAT BADAN DENGAN CEPAT

Lebihkan Pengambilan Sayur-Sayuran & Buah-Buahan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sangat penting untuk tubuh kita , ia mengandungi pelbagai vitamin dan serat yang di perlukan tubuh badan kita.  Anda digalakkan untuk mengambil makanan 5 kali dalam kuantiti yang sedikit adalah lebih baik untuk menurunkan berat badan, malah jus buah-buahan juga dikira sebagai diet yang menyihatkan.

Amalkan Minum 8 Gelas Air Suam Setiap Hari
Air sangat penting untuk tubuh badan terutama penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan air dalam satu hari 11/2 hingga 21/2 liter air melalui air kencing, buang air besar, peluh dan wap daripada paru2.
Minum air sekurang nya 6-8 gelas air setiap hari.

Hentikan Pengambilan Minuman Bergas (Minuman Berkarbonat)
Mengambil gula yang berlebihan, anda akan menyebabkan kerosakan gigi, kegemukan, kencing manis, dan risiko mendapat serangan jantung.

Kerap Minum Air Limau
Lemon for Beauty, Lemon for Life

Lebihkan Sumber Protein Dalam Diet Seharian
Semua jenis tisu dalam tubuh badan manusia amat memerlukan protein, termasuk tulang, darah dan otot.  Protein merupakan bahan asas dalam pembinaan tubuh. Ia bertindak sebagai membaiki, mengganti dan membuat tisu-tisu serta memastikan pertumbuhan secara optimum. Protein diperbuat daripada asid amino. Tahukah anda yg tubuh manusia memerlukan 22 jenis asid amino, 14 jenis daripadanya boleh dihasilkan dalam tubuh namun baki 8 lagi hanya boleh didapati daripada sumber makanan (ini dipanggil asid amino perlu). Sumber protein adalah daripada sumber haiwan seperti ikan, ayam, daging, telur dan tumbuhan, terutamanya kekacang (kacang, kacang peas) adalah sumber protein yang mengandungi vitamin dan mineralSumber protein dari ikan laut dalam mengandungi lemak Omega-3 yang boleh membantu untuk menggelakkan penyakit jantung seperti ikan salmon mengandungi banyak lemak Omega 3 berbanding ikan yang lain.




Shaklee Independent Distributor
Suhaida 972248
013-9841712